Saturday, July 10, 2010

aq nak berkongsi sesuatu yg aq baca kat Mastika

Dari kegagalan aq belajar erti kesungguhan,
Dari kejayaan aq belajar rasa kerendahan diri ,
Dari kesedihan serta kekurangan, aq belajar erti kesyukuran kepada Yang Maha Esa.

Gunung yang teguh itu mengajar aq erti kekentalan hidup,
Dari tumbuhan yang hijau menyuburi tanah, aq memahami makna kedamaian,
Dari bunga yang menguntum, aq mengetahui erti keindahan alam ciptaan Tuhan,
Hujan yang membasahi itu mengajar saya tentang perlunya menghulur tangan membantu yang lain.

Dari haiwan yang melata itu aq belajar erti kelangsungan hidup,
Dari angin yang menghembus aq memahami erti ketenangan
Manakala, dari air yang tidak pernah berhenti mengalir, aq mengerti makna sebenar Yang Maha Pengasih.

Dari matahari yang menyinari, aq belajar erti kekuatan,
Dari bulan yang mengiringi, aq memahami erti kelembutan,
Dari siang yang muncul bersama fajar di pagi hari pula, aq belajar erti kesyukuran kerana masih dihidupkan lagi,
Dari malam yang menutupi, aq belajar erti kekosongan, kerehatan dan kematian yg datang tanpa kita duga.

Dari bintang yg bertaburan, aq mengerti maksud keajaiban,
Dari cakerawala yang terbentang luas bagaikan untaian mutiara itu aq memahami keagungan dan kebesaran Tuhan,
Manakala dari langit yang tidak dapat ditembusi itu, aq belajar bahawa alam itu adalah guru kita yang sebenarnya, yang mengajak kita berfikir bahawa Dialah Yang Maha Kholiq.


Oleh: Zulkarnain Zakaria

No comments:

Post a Comment